Home Kenyataan Media PAS Johor

Tidak ramai dan tidak lama, tetapi cemerlang dan membanggakan

176
SHARE

TIDAK RAMAI, TIDAK LAMA: TAPI CEMERLANG DAN MEMBANGGAKAN

PAS Johor juga ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Menteri dan Timbalan Menteri daripada PAS yang telah menggalas amanah sebaiknya dalam Kementerian masing-masing.

Banyak kejayaan PAS dalam Kerajaan yang berjaya dicapai dalam tempoh yang singkat, misalnya; YB Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Alam Sekitar yang telah dianugerahkan sebagai ‘The Best 7 Asia Forest & Ecology Minister’, sekaligus mengharumkan nama negara.

Seterusnya, YB Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ; serta bahagian Kementeriannya juga yang telah berjaya menaikkan nilai eksport produk agrikomoditi melonjak sebanyak 65 peratus kepada RM105 bilion bagi suku kedua 2021, berbanding hanya RM64 bilion bagi tempoh sama tahun lalu, satu rekod pencapaian yang terbaik dalam sejarah Kementerian.

Dan banyak lagi pencapaian yang tidak dapat dinukilkan di sini yang telah direkodkan oleh Menteri dan juga Timbalan Menteri daripada PAS dalam menggalas tugas dibawah kerajaan Perikatan Nasional.

Walaupun terdapat juga beberapa sudut yang perlu ditambah baik dalam Kementerian, namun berbekalkan pengalaman yang ada ini, pasti penambahbaikan itu akan dibaiki sekiranya kembali memerintah Kerajaan Malaysia.

Terima kasih Menteri PAS yang telah berkhidmat, walaupun jumlahnya tidak ramai dan tempoh khidmatnya tidak lama, namun hasilnya cemerlang serta amat membanggakan rakyat Malaysia.

Semoga kebaikan diganjari dengan sebaiknya disisi Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

#MalaysiaSejahtera
#MenangBersama
#IslamMemperkukuhPerpaduan

RUSMAN KEMIN
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (PAS Johor)
17 Ogos 2021 | 7 Muharram 1443H