Home Berita PAS Perak

PAS Ipoh Barat sumbang katil sempena Hari OKU

61
SHARE

IPOH : Timbalan YDP PAS Kawasan Ipoh Barat, Tuan Basharuddin bersama AJK PAS Kawasan Ipoh Barat, Ustaz Fauzi dan Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ipoh Barat, Tuan Mubarak melaksanakan tanggungjawab sosial dan kebajikan dengan menyampaikan sumbangan wakaf katil untuk seorang warga OKU yang lumpuh.

Sumbangan katil wakaf tersebut diserahkan kepada penjaga (ayah dan ibu) Cik Azma Nira Binti Zulkifli di Kampung Tawas Tambahan. Penerima ini mengalami keuzuran serta tidak mampu melakukan aktiviti normal. Segala rusan mengurus diri dilakukan oleh keluarga.


Turut hadir, wakil NGO Pertubuhan Amal Nur Hikmah Perak yang terlibat dalam mendapatkan katil wakaf ini bagi diuruskan oleh PAS Kawasan Ipoh Barat.

Beserta katil turut disumbangkan tandas kerusi mudah alih dan keperluan harian kepada penerima. Diharap keluarga dan penerima wakaf katil ini terus bertabah akan ujian ini serta didoakan semoga dipermudahkan segala urusan.