Oleh : Wanee Doni
Kuching, 12 April : Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak(DMPNS) diwakili oleh Habsah Bujang tampil meninjau kejadian kebakaran yang dilaporkan terjadi di Kampung Semerah Padi semalam.
Empat keluarga yang mendiami dua buah rumah tersebut kesemuanya selamat dan tidak mengalami kecederaan semasa kejadian berlaku. Mereka kini ditempatkan di dewan rekreasi sebagai penginapan sementara mereka.
Walau bagaimanapun, Habsah yang juga Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS berkata punca kebakaran beserta jumlah kemusnahan masih belum dikenalpasti dan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
DMPNS menyerahkan barang sumbangan berbentuk peralatan kelengkapan solat dan wang tunai kepada keluarga mangsa yang terlibat memandangkan barangan keperluan lain, makanan dan pakaian terpakai telah banyak disumbangkan oleh pihak luar.
Turut hadir bersama melihat keadaan mangsa adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Petra Jaya, Morshidi Hassan.