Home Berita PAS Perak

ADUN Gunong Semanggol teruskan agenda kebajikan rakyat

36
SHARE

ADUN Gunong Semanggol teruskan agenda kebajikan rakyat
Oleh : Asmidar Jamaluddin

BAGAN SERAI, Pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa sememangnya diakui memberi cabaran dan sebahagian rakyat yang terkesan mestilah dibantu sebaiknya.

Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunong Semanggol mengambil langkah proaktif menghulurkan bantuan bersasar dalam pelbagai bentuk barangan keperluan secara berterusan.

Menurut ADUN Gunong Semanggol, YB Haji Razman Zakaria, sebanyak 200 set barangan sumbangan berupa telur dan labu manis diberikan bagi membantu masyarakat setempat di sini semalam.

“Kerja-kerja kebajikan sebenarnya sudah menjadi rutin buat kami di Pusat Khidmat DUN Gunong Semanggol dan PAS Kawasan Bagan Serai dengan menyantuni rakyat yang memerlukan.

“Malah dipergiat lagi ketika pandemik Covid-19 ketika ini dan akan diteruskan ke seluruh kampung agar dapat memastikan tiada golongan asnaf yang tertinggal dan terpinggir,” ujar YB Haji Razman

Turut hadir menjayakan urusan penyampaian bantuan, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Bagan Serai, pimpinan masyarakat termasuk Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Dalam masa yang sama, beliau turut mengalu-alukan orang ramai yang ingin berkongsi rezeki bagi disampaikan kepada golongan asnaf khususnya dan masyarakat setempat yang yang terkesan bolehlah disalurkan ke Akaun Maybank : 558248207682 (Tabung Kebajikan Rakyat)