Home Artikel PAS Selangor

“PAS For All” DHPP Selangor Menerima 68 Borang Ahli Baru

389
SHARE

Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Selangor menerima keahlian baru dari kawasan Kota Raja seramai 68 orang dari kaum India pada hari ini.

Majlis penyerahan borang keahlian tersebut disempurnakan oleh YDP PAS Kota Raja Tuan Haji Mohamad Diah Baharom kepada Ketua DHPP Selangor Dato Deepakaran disaksikan oleh Sdr. Rajan Ketua DHPP Kota Raja dan ahli-ahli baru DHPP yang telah mengisi borang.

Majlis diceriakan lagi dengan ucapan-ucapan dan taklimat berkaitan DHPP dan perjuangan PAS kepada semua yang hadir. Lebih mengkagumkan apabila kebanyakkan mereka yang menjadi ahli baru ini adalah dikalangan anak muda India.

Slogan PAS For All terus menyusup masuk ke segenap ruang masyarakat terutamanya dikalangan kaum India. Masyarakat kaum India dan Cina sudah melihat perjuangan PAS sudah boleh diterima oleh kaum mereka. Agenda perjuangan PAS yang “adil untuk semua” menjadi keyakinan buat mereka. Syabas!!

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan

#PASForAll