
Kota Raja, Selangor | 10 Ogos 2020
Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kawasan Kota Raja telah mengadakan satu program “Jom Sertai PAS” bersama masyarakat India di Pusat Komuniti Sentosa (PKS), Kota Raja.

Program yang berbentuk penerangan dan pemahaman berkaitan PAS. Ini bagi memudahkan PAS mendekati dan didekati oleh kalangan masyarakat India (Non Muslim).

Antara pimpinan kawasan yang hadir bagi memberi sedikit penerangan berkenaan dengan PAS adalah Tuan Haji Muhamed Diah selaku Yang-Dipertua PAS Kawasan Kota Raja, Tuan Haji Ahmad Hakim NYDP merangkap Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Kota Raja dan Cikgu NM Rajan Ketua DHPP Kota Raja merangkap Naib Ketua DHPP Selangor.

Di penghujung program seramai 18 orang telah membuat serahan borang keahlian DHPP.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
20 Zulhijjah 1441H | 10 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan