Home Artikel PAS Sabah

Dewan Ulama PAS Sabah serah sumbangan kepada keluarga mangsa kemalangan

621
SHARE

Oleh: AMIRUDDIN MOHD ROSDI

10 Ogos 2020

KOTA KINABALU: Dewan Ulama PAS Negeri Sabah (DUPNS) telah menyerahkan sumbangan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan berhampiran jambatan Merotai Besar.

Sumbangan RM6,000 disampaikan melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUPNS yang diwakili oleh Ustaz Roslan Ramli.

Hadir bersama menyampaikan sumbangan ialah Haji Ahmad Dullah, Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah dan Ustaz Mohd Tarmizi Yahya, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Penggerak dan Dakwah Islam Sabah (Sabah Relief).

Pada masa yang sama, DUPNS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Keluarga mangsa ketika ditemui memgucapkan terima kasih atas sumbangan yang telah disampaikan oleh DUPNS.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi 5 Ogos, semua mangsa guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Umas dalam perjalanan dari arah Jalan Merotai menuju ke sekolah.

Dua mangsa yang meninggal dunia Dayana Damsah, 27, guru Prasekolah SK Umas meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Nurizyani, 24, Guru Akademik SK Umas meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Besar Tawau.

Dua lagi mangsa, Hasnaini Paiori (Guru Pra Sekolah SK Umas) dan Nur Zairah Aladin (Guru Akademik di sekolah sama) dilaporkan mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di hospital sama.