Home Berita PAS Negeri Sembilan

PAS dan NGO PRIHATIN Port Dickson dengar luahan isteri pesara

44
SHARE

Oleh: RUSILAH MD SOM

PORT DICKSON, 23 JULAI: Terkejut dan sebak mendengar luahan isteri seorang pesara, PAS Kawasan dan NGO PRIHATIN Port Dickson bertindak membantu meringankan beban keluarga tersebut dengan menyumbang katil pesakit bagi kegunaan pesara itu.

Isteri pesara tersebut, Akaiah Harun pernah menyuarakan kebuntuan untuk mendapatkan katil pesakit untuk kegunaan suaminya, Nin Sani, 59, yang dibenarkan keluar daripada Hospital Tuanku Jaafar setelah menerima rawatan di sana.

Menurut Akaiah, suaminya merupakan seorang pesara yang hanya menerima pencen sebanyak RM450 sebulan dan wang tersebut digunakan sepenuhnya untuk membayar ansuran rumah serta bayaran bil air dan elektrik.

Terdahulu, beliau juga telah kehilangan punca pendapatan apabila anak lelaki yang turut menyara keluarganya baru sahaja meninggal dunia.

Simpati dengan bebanan yang ditanggung keluarga Akaiah, Yang Dipertua PAS ( YDP) Kawasan Port Dickson, Abdul Fatah Zakaria telah menyerahkan sendiri sumbangan katil pesakit itu di kediaman pesara tersebut, di Taman Desa Rusa, di sini, semalam.

Melalui program sumbangan itu, Abdul Fatah yang juga merupakan Pengerusi NGO PRIHATIN Port Dickson turut menyampaikan wang tunai kepada isteri Nin Sani.

“Harapnya bantuan ini dapat meringankan beban mereka sekeluarga dan semoga memudahkan mereka dalam menguruskan Encik Nin nanti,” ujar Abdul Fatah kepada Berita PAS Negeri Sembilan semasa penyerahan tersebut

YDP PAS Port Dickson itu juga turut mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai agar PAS dapat terus membantu mereka yang memerlukan.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun PAS Kawasan Port Dickson: BANK MUAMALAT, di akaun 0502 0000 275 717

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian :
019-336 9290 – YDP
010-786 1462 – Setiausaha