Home Berita PAS Selangor

PAS Cawangan Merbau Sempak santuni masyarakat India – PAS Kawasan Sungai Buloh

25
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sungai Buloh | PAS Cawangan Merbau Sempak dibawah parlimen Sungai Buloh telah menyantuni dan menyampaikan sedikit sumbangan barangan dapur untuk beberapa buah keluarga masyarakat India di Bukit Darah, Sungai Buloh.
PAS Kawasan Sungai Buloh merakamkan sekalung tahniah kepada PAS Cawangan Merbau Sempak yang sentiasa menjaga kebajikan masyarakat setempat tanpa membezakan warna kulit, bangsa mahupun agama.
Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat mempermudahkan sedikit urusan keluarga-keluarga penerima.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor