Home Berita PAS Selangor

Bantuan keperluan asas untuk mangsa rumah terbakar – PAS Kawasan Tanjong Karang

41
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Tanjong Karang

Oleh : Umar Al-Hayawi
Tanjong Karang | PAS Kawasan Tanjong Karang bersama Jabatan Amal Tanjong Karang telah turun memberikan bantuan kepada Pak Hashim seorang penduduk di Kampung Haji Razali yang mana rumah beliau telah musnah dijilat api.

Menurut PAS Kawasan Tanjong Karang bantuan yang berikan adalah seperti pemasangan khemah segera untuk sementara waktu, pemotongan bekalan api, saluran air baru dan bantuan keperluan asas harian.
PAS Kawasan Tanjong Karang juga mengucapkan terima kasih kepada Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Karang yang turut membantu memasang khemah serta menghantar keperluan asas kepada mangsa dan juga agensi berkaitan seperti Lembaga Zakat Selangor dan Bomba yang turut hadir bagi memberikan bantuan sebentar tadi.

Sekalung tahniah buat Jabatan Amal Tanjong Karang yang berusaha untuk misi bantuan segera kepada penduduk Kampung Haji Razali yang kehilangan rumahnya akibat daripada kebakaran.
Semoga bantuan yang diberi oleh Jabatan Amal itu dapat membantu meringankan beban kepada mangsa yang terjejas dan semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan mangsa, InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor