Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh
Oleh : Umar Al-Hayawi
Sungai Buloh | PAS Cawangan Merbau Sempak dibawah parlimen Sungai Buloh telah menyantuni dan menyampaikan sedikit sumbangan barangan dapur untuk beberapa buah keluarga masyarakat India di Bukit Darah, Sungai Buloh.

PAS Kawasan Sungai Buloh merakamkan sekalung tahniah kepada PAS Cawangan Merbau Sempak yang sentiasa menjaga kebajikan masyarakat setempat tanpa membezakan warna kulit, bangsa mahupun agama.

Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat mempermudahkan sedikit urusan keluarga-keluarga penerima.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor