Home Artikel PAS Perlis

Briged Muslimat Perlis Sertai Kursus Asas Pertolongan Cemas

87 views
SHARE

Oleh: Najah Izzati

ALOR SETAR : Briged Muslimat Perlis melalui Kor Rufaidah melangkah selangkah setapak ke hadapan apabila para anggotanya berjaya menamatkan Kursus Saringan Kesihatan dan Asas Pertolongan Cemas yang telah diadakan pada 9 Januari 2019, bertempat di Kompleks PAS Batu 9, Kedah.

Kursus anjuran bersama Kor Rufaidah Briged Muslimat Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak ini disertai seramai 60 orang peserta dan dilaksanakan bagi melengkapkan para anggota briged dengan kemahiran asas pertolongan cemas.

Objektif utama kursus ini adalah untuk menyediakan pasukan sokongan perubatan di bawah Briged Muslimat yang berkemahiran bagi membantu pegawai perubatan yang bertauliah memberi khidmat kesihatan kepada masyarakat.

Pelbagai slot telah diadakan, antaranya pengenalan Kor Rufaidah, Prinsip Asas Pertolongan Cemas, Asas Anatomi dan Fisiologi, Teori Vital serta slot Luka dan Patah.

Turut diadakan slot Kemahiran First Aid, Balutan dan Rawatan Luka serta Teori Tercekik dan Renjatan.

Menurut Pengarah Briged Muslimat Perlis, Cik Nur Izzati Noor Shahrim, penganjuran kursus seumpama ini memberikan nilai tambah kepada para anggota Briged Muslimat kerana mereka telah didedahkan dengan kemahiran asas pertolongan cemas yang boleh dimanfaatkan untuk kes-kes kemalangan atau kecederaan di lapangan.

“Kursus ini sangat tinggi nilainya dalam usaha untuk memperkemaskan lagi gerak kerja Kor Rufaidah Briged Muslimat dan harapan kami agar program sebegini dapat diadakan dengan lebih kerap supaya kefahaman ahli mengenai ilmu paramedik dapat dipertingkatkan,” katanya.