Home Berita PAS Pulau Pinang

Pas Bukit Mertajam Anjur Program Memasyarakatkan BPMS

1329
SHARE

Tasek Junjong , 14 Januari 2018 : Pas Kawasan Bukit Mertajam telah menganjurkan Program Memasyarakatkan BPMS di Unit Peti Undi(UPU) Gajah Mati .

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan Budaya Politik Matang Dan Sejahtera(BPMS) kepada penduduk dan pengundi di sekitar UPU Gajah Mati.

Antara pengisian program termasuklah
Aktiviti ” tukar minyak hitam ” percuma yang di jalankan oleh Alternative Riding Club(ARC) dibawah Lajnah Kesenian , Sukan dan Kebudayaan Bukit Mertajam (DACSBM) .

Juga diadakan program Amal Masuk Kampung ( AMK ) sekitar kampung Mukim 16 Tasek Junjung oleh Jabatan Amal Kawasan Bukit Mertajam seramai 27 anggota diketuai Komander Tuan Arif Mod Nopiah . Turut hadir memberi sokongan moral dan sememangnya “otai” dalam Amal Malaysia Tuan Norazman Ishak merangkap Timbalan Yang di Pertua Pas Bukit Mertajam yang juga Timbalan Pengarah Jabatan Amal Malaysia serta Timbalan Pesuruhjaya Tiga Pas Pulau Pinang.

Muslimat juga tidak ketinggalan dengan acara pengagihan barang keperluan bagi meringankan beban penduduk sekitar .

Ustaz Yusni Bin Mat Piah Yang Di Pertua PAS Kawasan Bukit Mertajam dalam ucapan perasmian beliau menyeru semua pengundi Gajah Mati untuk memberikan undi mereka kepada PAS kerana PAS merupakan sebuah parti yang berteraskan Alquran dan Sunnah sebagai panduan dalam pentadbiran .

Ustaz Yusni juga berpesan kepada pengundi Gajah Mati supaya menolak BN yang gagal dalam menjaga kepentingan orang Melayu dan Pakatan Harapan yang diketuai Dap yang terkenal dengan sikap anti Islamnya .

Sekian terima kasih .

Unit Media Pas Bukit Mertajam