Home Artikel PAS Perak

Pas Bukit Gantang Ucap Takziah

627 views
SHARE

Oleh : Ez

BUKIT GANTANG : Pas Bukit Gantang hari ini mengucapkan takziah di atas kematian Aktivis Amal Bukit Gantang , Biyamin Ishak dan anggota Ameerah Bukit Gantang , Saudari Nurul Affaizin Ismail baru-baru ini.

YDP PAS Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman berkata kematian mereka berdua merupakan suatu kehilangan yang cukup besar buat parti khususnya Pas Kawasan Bukit Gantang.

Almarhumah Affaizin adalah antara anggota Nisa dan Ameerah yang aktif yang banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan di kawasan Bukit Gantang.

Affaizin yang merupakan pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Sabah telah meninggal dunia pada 9 November yang lalu di Hospital Queen Elizabeth ,Kota Kinabalu dipercayai menderitai radang hati.

Manakala , Almarhum Biyamin adalah antara aktivis jabatan amal yang aktif yang merupakan ahli lembaga pengarah jabatan amal perak yang banyak menyumbangkan kejayaan untuk kerja-kerja dakwah dan yang sangat berjasa kepada perjuangan lslam.

Difahamkan, Biyamin telah meninggal dunia di Trong pada 11 November yang lalu kira-kira jam 2 petang.

“…Moga ALLAH menerima amalan mereka berdua,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

PAS Kawasan Bukit Gantang merakamkan takziah buat ahli keluarga dan mengharapkan agar semuanya tabah dan bersabar atas kehilangan Almarhum Biyamin Ishak dan Almarhumah Nurul affaizin Ismail.