Home Berita PAS Perak

PAS Bukit Gantang Santuni Masyarakat Cina

1693
SHARE


Oleh : Ez

BUKIT GANTANG : Sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, PAS Bukit Gantang meneruskan tradisi mengedarkan buah limau dan kad ucapan kepada masyarakat cina di sini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang , Ustaz Idris Ahmad berkata , pihaknya meneruskan usaha itu bagi memeriahkan sambutan perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Ia sebahagian tradisi masyarakat Cina menyambut perayaan ini tidak kira di mana-mana.

“Sambutan yang cukup menggalakkan diterima daripada orang Cina yang ceria menerima edaran limau dan kad ucapan tahun baru “ katanya .

Beliau ditemui semasa program mengedar buah limau dan kad ucapan kepada masyarakat Cina di sekitar parlimen Bukit Gantang mulai 7 Februari yang lalu.

Sementara itu, YDP PAS Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman berkata , program mengedar buah limau dan kad ucapan ini anjuran bersama PAS Kawasan Bukit Gantang dan Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang ini diadakan pada setiap tahun sempena Sambutan Tahun Baru Cina.

” Lokasi penyampaian limau dan kad ini dilakukan di pusat tumpuan masyarakat Cina seperti kedai –kedai di Pekan Kuala Sepetang , Taman Kota Jaya , Pasar Simpang, Taman Kaya , Taman Sungai Mas , Sungai Kerang , Sungai Tinggi dan Trong.

“ Kami mengambil masa selama beberapa hari, pagi dan petang untuk menemui masyarakat Cina di beberapa komuniti orang Cina di sini” katanya.

Turut sama menjayakan program ini pimpinan PAS Bukit Gantang , Pemuda, Muslimat dan Unit Amal.