Home Berita PAS Perak

PAS Bukit Gantang raikan bakal haji

195
SHARE

Oleh : Jaudin M Amin

CHANGKAT JERING, Bakal haji daripada Parlimen Bukit Gantang telah diraikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , YB Datuk Idris Ahmad dalam satu majlis yang berlangsung di Surau Pondok Darul Solehah, Batu 9, Changkat Jering semalam.

Program ini menjadi acara tahunan bagi PAS Bukit Gantang bagi meraikan bakal hujaj dimulakan dengan bacaan surah yassin, doa selamat serta solat Asar Berjemah yang dipimpin oleh YDP PAS Bukit Gantang, Haji Rahim Ismail.

Semua bakal-bakal haji diperkenalkan kepada para jemaah yang lain dan yang lebih penting lagi, mereka juga saling kenal mengenali di antara satu sama lain.

Bakal-bakal jemaah Haji dinasihatkan supaya menjaga keselamatan ketika mengerjakan ibadah haji dan hendaklah sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak Tabung Haji demi kebaikan masing-masing.

Di samping kesihatan perlu dititik beratkan supaya ibadah haji dapat diselesaikan dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur.

Manakala bagi para jemaah yang lain pula dengan adanya majlis yang sebegini mudah-mudahan akan dapat menyuntik azam para jemaah untuk ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah haji pada masa-masa yang akan datang.

Sebelum program berakhir , YB Menteri memberi sedikit cenderamata kepada bakal-bakal haji dan beliau mengucapkan selamat berangkat ke tanah suci kepada bakal-bakal haji yang diraikan dan kembali ke tanah air bersama haji yang mabrur serta dianugerahkan kesihatan yang baik untuk melaksanakan ibadah sepanjang berada di tanah suci.