Home Berita PAS Wilayah

Rumah Terbuka PAS Wangsa Maju perkukuhkan MN PN

76
SHARE

Oleh: Muhamad Abdul Fateh

Foto : Aizat Amni

WANGSA MAJU, 31 Mei: Kira-kira 1500 pengunjung terdiri daripada masyarakat berbilang kaum memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Wangsa Maju di Tapak Pasar Tani Taman, Kuala Lumpur kelmarin.

Menurut Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh , majlis ini bukan sekadar untuk menjamu selera, bahkan ianya adalah wadah untuk mengeratkan hubungan antara Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) di Wilayah Persekutuan khususnya.

“Para pemimpin masyarakat di setiap peringkat mestilah bersatu-padu untuk membawa agenda penting rakyat dan negara.

PAS akan berperanan sebagai jalan pendamai bagi menjernihkan hubungan antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) serta gabungan parti Muafakat Nasional (MN).

Majlis yang cukup meriah ini menyajikan pelbagai juadah hari raya antaranya rendang, lemang, mee kari, cendol, nasi impit dan satay di kios-kios kelolaan semua cawangan-cawangan dan dewan di bawah PAS Kawasan Wangsa Maju.

Kios terbaik dan kreatif turut menerima hadiah sebagai tanda perhargaan kepada kesungguhan para petugas yang menjayakan majlis ini.

Turut hadir sama Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Haji Azhar Yahya, Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Kamaruzzaman Mohammad, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato’ Seri Mohd Shafie Abdullah, Ketua Bersatu Bahagian Wangsa Maju, Mohammed Ridzal Ghazalee, Pengerusi MCA Bahagian Wangsa Maju, Datuk Ng Hoo Doo dan Wakil Persatuan Kampung Lee Kong Chuan.