Home Artikel PAS Perak

PAS Bukit Gantang Bantu Mangsa Banjir

105 views
SHARE


Oleh : Ez

Trong, 26 Mei : Prihatin terhadap nasib mangsa banjir di daerah ini , PAS Bukit Gantang menggerakkan bantuan yang dihulurkan langsung ke kediaman dan pusat-pusat pemindahan.

YDP PAS bukit Gantang, Ustaz Muhammad faisal Abdul Rahman berkata, bagaimanapun penumpuan diberikan kepada mangsa yang tidak berpindah ke penempatan banjir.

Terangnya, PAS tetap mengambil kira kesusahan serta musibah yang melanda penduduk dan berusaha membantu semampunya untuk meringankan bebanan.

Sehubungan itu jelasnya, petugas PAS termasuk pemimpin PAS Kawasan, Pemuda, Muslimat dan Jabatan Amal bertungkus lumus tanpa mengira waktu untuk memastikan mangsa-mangsa banjir dibantu.

“Sementara itu di tempat yang airnya sudah surut petugas PAS terutama dari kalangan Pemuda dan Jabatan Amal telah memulakan operasi mencuci,” ujarnya.

Secara umumnya beliau berpuas hati kerana misi bantuan mangsa banjir PAS Bukit Gantang berjalan lancar di kawasan-kawasan yang terlibat.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada semua petugas parti yang bertungkus lumus membantu tanpa mengira masa dan waktu selain turut menyumbang wang ringgit untuk menjayakannya.