Home Berita PAS Perak

Dugaan Banjir Di Bulan Ramadhan | PAS Bukit Gantang Hulurkan Tangan

887
SHARE

Oleh : Ez

TRONG , 26 Mei : Keadaan hujan lebat berterusan lebih tujuh jam beberapa lokasi di Trong dilanda banjir kilat pada petang sabtu yang lepas.

Senario hujan lebat berulang sepanjang hari menyebabkan beberapa rumah penduduk di sini terjejas akibat banjir kilat.

Antaranya ialah Kampung Temelok , Kampung Batu 9 , Sungai Bemban ,Padang Gajah , Batu 14 , Kampung Batu Hampar , Kampung Sungai Nyior ,Changkat Jering , Batu 26, Batu Hampar ,Padang Gajah , Matang Gelugor dan Kampung Matang Acheh.

YDP PAS Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman yang melawat mangsa banjir di pusat penempatan banjir berkata, hujan lebat yang berterusan menyebabkan paras sungai dekat sini mencecah paras bahaya sehingga ia melimpah ke kawasan perkampungan terbabit.

“Pada masa sama beberapa jalan tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan kerana dinaiki air ”.

Beberapa penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara yang berdekatan kerana ada rumah kediaman yang diduduki tidak selamat disebabkan banjir.

Ia membabitkan SK Batu Hampar, SK Temelok, Surau Kampung Jawa, Masjid Nurul Hidayah dan Dewan Orang Ramai Matang Merbau.

Turut sama menziarahi mangsa banjir ialah Naib Presiden PAS ,Ustaz Idris Ahmad yang melawat mangsa banjir sekembali dari Pulau Pinang pada pukul 3 pagi.

Beliau sempat memberi bantuan makanan kepada mangsa banjir dan memberi semangat kepada mereka dalam menghadapi musibah di bulan Ramadan.