Home Berita PAS Perak

PAS Bukit Gantang Anjur Qurban Perdana

902
SHARE

OLEH : Ez

BUKIT GANTANG , 23 OGOS – Sebanyak 16 ekor lembu dikorbankan sempena Program Ibadah Qurban Perdana PAS Kawasan Bukit Gantang.

Majlis anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan , Pas Bukit Gantang ini telah diadakan di Sungai Petai pada 23 Ogos yang lalu.

Program yang menjadi acara tahunan ini telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari kalangan masyarakat setempat.

Difahamkan, kerja menyembelih dan melapah lembu dilakukan oleh pimpinan Pas kawasan, pemuda dan masyarakat setempat yang terdiri daripada 200 petugas.

Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan , Tuan Haji Zainudin Hamzah berkata, penganjuran program itu adalah sebagai tanggungjawab sosial untuk mengeratkan lagi hubungan bersama masyarakat setempat.

“Kita anjurkan program seperti ini adalah sebagai tanda penghargaan parti kepada semua ahli yang telah menyokong dan membantu parti.

“Pada masa sama, kita juga nak eratkan hubungan bersama masyarakat setempat dengan mengagihkan daging korban itu,” katanya lagi.

Turut hadir, Naib Presiden PAS Pusat , Ustaz Idris Ahmad , YDP PAS Kawasan Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman , pimpinan Pas Kawasan , Pemuda serta muslimat.