Home Berita PAS Perak

Dua Lembu Tumbang Di Qurban Perdana PAS KPG Pak Dollah

724
SHARE

Oleh : Ez

KAMUNTING , 22 Ogos : PAS Cawangan Kampung Pak Dollah melakarkan kemeriahan apabila menganjurkan Qurban Perdana di kampung ini.

Sebanyak dua ekor lembu ditumbangkan dalam Program Qurban Perdana kali ini yang diadakan di perkarangan kediaman Ketua Cawangan PAS Kampung Pak Dollah , Tuan Haji Ramli Haron.

Ahli PAS Kampung Pak Dollah dengan kerjasama orang kampung sekitar Kampung Pak Dollah, Kampung Teratai Tambahan dan Taman Kamunting Aman bertungkus lumus menjayakan aktiviti menyembelih lembu, melapah kulit, memotong daging lembu dan menimbang serta membungkus daging qurban tersebut.

Kagum, dan terharu dengan kehadiran otai-otai dan anak muda boleh duduk bersama dlm gotong royong kali ini yang berjalan lancar dan penuh dengan nikmat ukhuwah.

Aktiviti edaran daging ke rumah-rumah penduduk beberapa kampung yang terpilih dilaksanakan dengan jayanya.

Penduduk Kampung terutama yang kurang berkemampuan memberikan respon yang positif dan melahirkan rasa syukur atas daging qurban yang dikongsi bersama.

Adalah menjadi aspirasi untuk melestarikan ibadah Qurban yang sangat dituntut dalam Islam ini.

PAS Cawangan Kampung Pak Dollah melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua yang terlibat dari awal sebelum hari kejadian sehinggalah usai program.