Home Berita PAS Wilayah

PAS Bukit Bintang | Selamat Hari Wilayah

913
SHARE

Selamat Menyambut Hari Wilayah

Kuala Lumpur yang merupakan ibu negara Malaysia telah ditubuhkan menjadi Wilayah Persekutuan pada tanggal 1 Februari 1974. Bermula dari tarikh itu hingga kini pentadbiran Kuala Lumpur dipindahkan dari Negeri Selangor dan diletakkan terus di bawah Kerajaan Pusat serta diurus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku PBT tunggal yang mentadbir bandaraya itu. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen.

Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah pula dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan kini diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Labuan.

Pada 1 Februari 2001, Putrajaya yang dibangun dari kawasan Sepang, Selangor untuk menjadi pusat pentadbiran yang baru telah mengikuti Kuala Lumpur dan Labuan dengan menjadi yang ketiga menyertai Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Putrajaya.

Di bawah Wilayah Persekutuan juga terdiri daripada pelbagai Parlimen termasuk lah Parlimen Bukit Bintang.

Saf kepimpinan PAS Bukit Bintang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan. Semoga seluruh warga Wilayah dikurniakan kesihatan yang baik, aman harmoni serta sentiasa di bawah lindungan rahmatNya.

#islammemimpin
#sejahterabersamaislam
#pasbukitbintang
#hariwilayahpersekutuan2020

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=549870258952311&id=413693885903283