Home Artikel PAS Sarawak

PAS Bintulu Dekati Masyarakat Cina

290
SHARE

2 Feb, Bintulu : Hari ini, masyarakat Cina diziarahi pemuda dan muslimat PAS di sini.

Bermula jam 9 pagi, PAS Bintulu telah membuat edaran kuih bahulu dan edaran risalah bagi sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Rata-rata masyarakat cina di sini menerima dengan baik kehadiran PAS Bintulu.

Program ini merupakan aktiviti tahunan bagi ahli PAS Bintulu bagi mengeratkan hubungan PAS dengan masyarakat cina.

Kira-kira 200 biji bahulu telah diedarkan kepada pengunjung yang hadir di Pasar Tamu Bintulu ini.

Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Muslimat Bintulu, Puan Zaitun Mohd Said turut hadir.

 

“Kehadiran kami diterima baik di sini oleh masyarakat cina di sini, walaupun berlainan agama, kita tetap mampu hidup dengan aman dengan semangat perpaduan yang tinggi”.

Ujar beliau dalam temu ramah ringkas setelah selesai edaran.

Turut diberikan adalah risalah dakwah dalam bahasa mandarin tentang Nabi Muhammad saw.

 

Semoga usaha mendekatkan PAS dengan masyarakat bukan muslim akan membantu perkukuhkan lagi semangat perpaduan rakyat Malaysia.

Penulis: Laila Muhammad