Home Artikel PAS Pahang

PAS BESERAH SEDIA BERTEMPUR DI ALAM MAYA

380
SHARE

PAS DUN Beserah bersiap siaga bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan menyediakan platform studio di pejabat ADUN Beserah bagi memudahkan penyampaian berita kepada masyarakat dan berkempen melalui media massa dan media sosial.

Pembinaan studio ini telah mendapat sokongan yang baik dari Yang Berhormat Andasura Rabu, ADUN Beserah. Beliau banyak membantu menjayakan perancangan pembinaan studio ini.

Studio Mujahid yang ditubuhkan oleh Unit ICT DUN Beserah adalah studio DUN yang pertama ditubuhkan. Ini boleh menjadi inspirasi kepada yang lain untuk bersama menubuhkan studio di DUN masing-masing.

Menurut Ketua Lajnah ICT, Mohd Saufi Mohammad berkata studio ini ditubuhkan untuk mendekatkan jemaah PAS kepada masyarakat. Hari ini masyarakat lebih dekat dan berminat dengan media sosial dan media massa. Beliau melahirkan harapan agar studio ini dapat dilengkapkan dengan peralatan yang lebih canggih menjelang PRU akan datang.

Beliau amat berharap supaya lebih ramai sukarelawan yang akan tampil ke hadapan menabur khidmat bakti bersama.

Studio Mujahid ini terletak di Bangunan Putra, Balok yang dilengkapi dengan beberapa keperluan asas seperti sistem rakaman video, audio, kamera, lampu dan skrin hijau/biru.

Laporan: Amal Pahang Studio