Home Berita PAS Terengganu

PAS Bersedia Menjaga Kebajikan Rakyat.

1239
SHARE

DUNGUN-PAS sentiasa bersedia menjaga kebajikan semua rakyat walaupun peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) PAS dinafikan dan terpaksa menggunakan gaji sebagai ADUN.

Menurut Timbalan Ketua Dewan  Muslimat PAS Dungun, Hajah Rugayah Mahmood, walaupun DUN Rantau Abang, DUN yang menang, tapi DUN  yang miskin, kebanyakan  penduduk-penduduknya miskin dan memerlukan perhatian kerajaan.

“Tetapi malangnya kerajaan lepas tangan”, katanya ketika berucap di Majlis Kembali Ke Sekolah anjuran Ameerah Kawasan Dungun dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun di Pusat Tarbiyyah dan Kelas KAFA(PUSTAKA) di Taman Permint Indah di sini pada 21.Disember.

Walaupun begitu, tambah Ketua Muslimat DUN Rantau Abang itu,  PAS tidak pernah berputus asa untuk membantu dan meringankan beban yang rakyat tanggung.

“Menerusi Lajnah Kebajikan yang sentiasa bertungkus lumus berusaha dan sentiasa bersedia mencari dana agar rakyat tanpa mengira warna politik, kita bantu, sekadar mampu,” ujar beliau yang juga isteri ADUN Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun.

Sumbangan Kembali Ke Sekolah adalah sempena program Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu turun ke DUN Rantau Abang yang bermula pada sebelah pagi hari tersebut.

“Pada pagi tadi kita telah bawa Kebajikan Negeri dengan diketuai Hajah Tuan Roslina Tuan Sulaiman menziarahi lima buah rumah di Balai Besar,”

“Ada ajk tersebut mengalir airmata melihat kedhaifan tempat tinggal mereka, itu tak jauh daripada bandar Dungun, belum lagi kita bawa ke Delong, Serdang atau Padang Pulut “ jelas Rugayah yang lebih mesra dengan panggilan ‘Kak Long’.

Seramai 60 orang yang terdiri daripada ibu-ibu muda yang kurang berada seluruh kawasan Dungun telah menerima sumbangan berupa peralatan sekolah  serta sekampit beras.

Sumbangan yang dibiayai oleh lajnah tersebut yang disalurkan menerusi Ameerah Kawasan Dungun untuk membantu anak-anak mereka meneruskan sesi persekolahan 2018.