Home Berita PAS Terengganu

Jangan Permainkan Rakyat.

1671
SHARE

Dungun- Kerajaan Barisan Nasional(BN) diingatkan supaya tidak mempermainkan dan mempersendakan rakyat yang dhaif dengan mengugut dan menyekat bantuan yang sepatutnya mereka terima.

Ini kerana, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun pihak kerajaan yang ada hari ini hanya mengutamakan ahli dan penyokong Umno-BN.

“Dia tengok warna pulak, warna gini, gini, warna ni, gini,” , katanya ketika berucap merasmikan Unit Armalah(Ibu Tunggal PAS) DUN Rantau Abang di Dewan PASTI Gong Pasir di sini pada 21. Disember.

Malah tambah Cikgu Alias lagi peruntukan untuk ADUN PAS juga dinafikan. “Ini suatu pengkhianatan, rakyat pilih, dia pilih sape, rakyat pilih si A dengan harapan si A boleh membantu sebahagian masalah yang berlaku” , “Tapi apa yang berlaku di tempat kita, Malaysia terutamanya di negeri Terengganu, kami diberi mandat oleh masyarakat dalam PRU 13, kami tidak diberi apa-apa peruntukan” , jelas Ketua Penerangan PAS Dungun dengan nada kecewa.

Walau bagaimanapun terang beliau lagi, PAS memilih yang berkelayakan untuk diberi bantuan dengan sumbangan daripada orangramai yang berkeyakinan PAS amanah didalam menyalurkan sumbangan.

“Tapi yang lain-lain, orang lain, saya tak moh(mahu) kata. tetapi ketara berlaku banyak kebocoran, “ sinis beliau.

Akibatnya kata Pengarah Majlis Tindakan DUN(MTD) Rantau Abang itu, kerajaan telah berhutang hampir RM800 billion.

“Maknanya atas kita ni, tanggung hutang belaka, kita dok berhutang, kerajaan yang berhutang, kalau dia berhutang untuk memberi kebajikan kepada masyarakat, Alhamdulillah, tetapi tak sampai kepada rakyat, “ katanya.