Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Mumtaz Md Nawi : Srikandi Sejati Bak Rabiatul Adawiyyah

1470
SHARE

Disediakan oleh : Fadhlina

Hajjah Mumtaz Md Nawi atau lebih dikenali dengan panggilan mesranya Kak Taz, merupakan salah seorang calon yang akan bertanding dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 14 nanti. Calon dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) ini berentap bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N19 Demit.

Beliau yang mendapat pendidikan menengah dari Sekolah Agama Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu, Kelantan ini sering kali muncul sebagai salah seorang pelajar terbaik bagi peringkat Negeri Kelantan.

Beliau adalah penerima anugerah Tokoh Beliawanis Negeri Kelantan bagi tahun 2007.

Kak Taz yang merangkul Ijazah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1996 merupakan Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM.

Kak Taz adalah pelajar terbaik jurusan Undang-Undang UIAM dengan mendapat tiga anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Jurusan Undang-Undang UIAM , Penerima Anugerah Buku sebagai Pelajar Terbaik Akademik dan Penerima Anugerah Buku Pelajar Terbaik Ko Kurikulum UIAM pada tahun 1996.

Beliau berkahwin semasa berada tahun tiga pengajian dan melahirkan anak sulung ditahun empat namun berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan merangkul beberapa hadiah kecemerlangan. Kepemimpinan dan kewibawaan beliau dalam persatuan dan penglibatan beliau dalam program-program kebajikan serta pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat telah membuktikan bahawa Kak Taz sememangnya layak menjadi calon pilihan rakyat Kelantan.

Kepakaran dan kepetahan beliau dalam mendepani perbicaraan di mahkamah juga amat dikagumi.

Beliau adalah peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaysia dan Peguam Syariah di Negeri Kelantan.

Kak Taz menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bermula pada tahun 2013 sebagai wakil rakyat Demit (N19 Demit di dalam Parlimen Kubang Kerian) sehinggalah berakhirnya penggal lalu. Beliau juga merupakan satu – satunya wanita dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Penglibatan beliau dalam PAS bermula AJK Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) sebelum terpilih sebagai Naib Ketua DMPP pada tahun 2009 hingga 2015. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Jentera Pilihanraya PAS PUSAT. Kini beliau adalah Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan dan Ahli Perhubungan PAS Kelantan. Beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Demit.

Kak Taz adalah antara perintis di dalam Yayasan Pembangunan Wanita Murni Kelantan sekitar 1998 hingga 2006.

Sebagai salah seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan, beliau diberi amanah sebagai Pengerusi Urus Setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kelantan (UPWKK). Di samping itu, Kak Taz juga telah dipilih menjadi Ahli Lembaga (Trustee Board Members) Kesatuan Wanita Islam Sedunia (IMWU).

Kak Taz diberi peluang membentang kertas kerja di peringkat negeri, kebangsaan serta antarabangsa termasuk di Persidangan Wanita di Bangsa-Bangsa Bersatu New York, Persidangan Ahli Parlimen Dunia di Geneva dan menjadi tetamu dalam siaran bahasa Arab dan Inggeris di akhbar,radio dan televisyen antarabangsa di BBC, Australia ABC, Jordan “ Iqra Channel , South Africa, Amerika Syarikat, Pakistan, Vietnam dan pelbagai negara lagi.

Dan beliau turut diberi peluang membentangkan kertas kerja hampir 27 buah negara dalam bahasa Inggeriss dan Bahasa Arab. Kertas kerja ini berkaitan undang-undang,syariah dan keluarga.

Antara kes yang dikendalikan oleh Kak Taz sebagaimana yang dilaporkan oleh Current Law Journal dan kertas kerja ini mengenai Federalisme, ia dibawa ke Norway.

Beliau yang memiliki jiwa jundullah ini sentiasa berjuang untuk Islam. Setiap anak muda yang menemuinya pasti akan menerima suntikan motivasi dan taujihat yang cukup bermakna. Bicara kalamnya menjentik minda dan menyentuh rasa khususnya buat wanita dan anak muda.

Semangat dan kepergantungannya kepada Allah persis Rabiatul Adawiyyah. Semoga Kak Taz berjaya meneruskan lagi khidmatnya selepas ini buat manfaat rakyat Kelantan.