Home Artikel PAS Wilayah

PAS Batu Edar Harakah di Pasar Sentul Kuala Lumpur

173 views
SHARE

4 Mac 2018, Pasar Sentul – PAS Kawasan Batu hari ini telah mengedarkan sebanyak 100 naskah sisipan harakah beserta cenderahati berupa makanan di Pasar Sentul Kuala Lumpur.

Ianya memberi ruang kepada pimpinan PAS kawasan untuk mendekati masyarakat tempatan secara dekat khususnya para pengundi di Parlimen P115 Parlimen Batu yang mempunyai pengundi yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa ini. Penerimaan warga Sentul kepada PAS adalah baik dan memberangsangkan walaupun dikalangan bukan ahli PAS.

Turut serta adalah Ketua Dewan Muslimat Kawasan Batu, Pn Hajah Salbiah dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan. PAS Batu tetap optimis untuk mendekati masyarakat tempatan sama ada mereka penyokong PAS atau pun tidak sesuai dengan gagasan terkini yang diperjuangkan PAS iaitu Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)