Home Artikel PAS Wilayah

PAS Batu Dan MPP Kerjasama Bantu Rakyat Terjejas Covid-19

254
SHARE

PAS Batu dan MPP kerjasama bantu rakyat terjejas Covid-19

Oleh : Dhiya’ Muttmainnah
28 Disember 2020

BATU : Program YDP PAS Kawasan Batu Singgah Bertandang diteruskan lagi dalam siri ketiga dengan kerjasama MPP Sub Zon 4 Batu Muda bagi menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan, kelmarin.

Bantuan telah disampaikan secara terus ke setiap penerima oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Samsuddin Yaacob mewakili Yang DiPertua PAS Batu kerana suatu hal lain yang tidak dapat dielakkan.

Sumbangan yang disalurkan berupa barang keperluan harian yang ditaja oleh Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM).

Menurut Samsuddin, PAS Kawasan Batu sentiasa komited dalam usaha menjaga kebajikan penduduk setempat.

“Usaha-usaha penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan akan dipergiatkan lagi agar lebih ramai penduduk setempat dapat dibantu,” tambah beliau lagi.

Hadir sama dalam program tersebut adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu, Salbiah Abd Wahab dan para penggerak PAS Cawangan Batu Muda.Penerima sumbangan ini terdiri daripada golongan asnaf, warga emas dan mereka yang terkesan ekoran dari penularan Covid-19 seperti para peniaga jalanan di sekitar Batu Muda.