Home Berita PAS Sabah

30 anak kategori B40 terima bantuan ‘ Back To School’

661
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
28 Disember 2020

TAWAU :Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau telah mengadakan program ‘ Back To School’ di PASTI Nurul Hasanah Sg Gading , di sini , kelmarin.

Seramai 30 orang anak-anak daripada golongan B40 sekitar Kampung Sg Gading, Kg Wakuba dan Kg Apas  terpilih sebagai penerima  dalam program itu.

Bantuan yang diberikan adalah berupa beg sekolah dan alat tulis.

Menurut Ketua Muslimat Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau ( DMPKT ) Mandina Ladale, program  tersebut merupakan Program tahunan DMPKT menerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan (LKK).

Puan Mandina Ladale turut menzahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) PASTI Nurul Hasanah, Sg Gading atas komitmen membantu menjayakan program tahunan itu.

Menurutnya lagi, sumbangan program ‘Back To School’ itu adalah hasil daripada kutipan sumbangan ahli-ahli PAS Kawasan Tawau untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Hadir sama dalam program tersebut adalah Timbalan Ketua Muslimat DMPKT, Salmawati Pataruddin, Pengerusi LKK , Siti Arfa Asrisal dan Ketua Muslimat PAS Cawangan Apas, Ervinah Basmin.