Home Artikel PAS Sarawak

PAS Batang Lupar Santuni Golongan MOSWAY

323
SHARE

Oleh Hanna Bolhan

Batang Lupar, 21 September – Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Batang Lupar telah mengadakan Program Ziarah Kebajikan di sekitar Kampung Tambak, Kampung Pusa, dan Kampung Beladin pada semalam.

Program Ziarah Kebajikan ini bertujuan untuk menyantuni masyarakat setempat khususnya golongan MOSWAY.

Ziarah kali ini melibatkan seramai 40 buah keluarga golongan MOSWAY telah menerima sumbangan keperluan dapur seperti beras dan beberapa keperluan yang lain.

Antara pimpinan yang terlibat dalam menjayakan program kali ini adalah Ketua Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak, Aida Abdullah dan Ketua Muslimat PAS Batang Lupar, Mahani Mumtaz.

Ziarah MOSWAY merupakan sebuah program ziarah berkala dan salah satu inisiatif LKK PAS Kawasan Batang Lupar dalam membantu masyarakat setempat yang kurang berkemampuan serta bersifat cakna dalam masalah mereka.

Semua masyarakat diseru untuk terus menghulurkan bantuan bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.