Home Artikel PAS Sarawak

PAS Batang Lupar “berambeh” ke Rumah Panjang

241 views
SHARE

Ain Sakinah Muhammad

BATANG LUPAR : PAS Kawasan Batang Lupar dengan kerjasama Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak “berambeh” atau ziarah ke Rumah Panjang (RH) Meregang, RH Batu Lapan di Beting Maro & RH Lunying, Sebuyau Ahad & Isnin lepas.

Kunjungan mahabbah ini adalah bersempena dengan Hari Gawai yang bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi. Sambutan tradisi tahunan oleh masyarakat kaum Iban dan Bidayuh itu diraikan sempena tamatnya musim menuai padi di Sarawak.

Yang DiPertua PAS Batang Lupar, Ustaz Haji Wan Abdillah dan Mantan Calon PAS Beting Maro, Puan Hamidah Mokhtar turun menyantuni penduduk-penduduk rumah panjang dan kunjungan ini mendapat sambutan yang baik daripada penduduk.

 

Kunjungan seperti ini diharapkan dapat menyampaikan mesej bahawa PAS adalah untuk semua tanpa mengira kaum dan agama. Ust Wan yang ditemui berkata, kunjungan bertujuan untuk berkasih sayang dan menyambung silaturahim sesama penduduk di rumah panjang meskipun berbeza ideologi politik, agama & kaum.