Home Artikel PAS Negeri Sembilan

PAS anjur Ceramah Perpaduan Ummah di Seremban dan Rembau

246 views
SHARE

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Seremban dan PAS Kawasan Rembau akan menganjurkan ceramah yang bertemakan Perpaduan Ummah hujung minggu ini.

1. Ceramah Perpaduan Ummah di Parlimen Rembau akan diadakan di PASTI Al Hasanah, Bandar Seremban Selatan pada 13 Julai 2019 (Sabtu) jam 9.00 malam.

Ceramah di Rembau akan dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam (PAS) yang juga Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah; ADUN Kota (BN-UMNO), YB Dato’ Seri Dr Awaluddin Said; Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Tuan Haji Rafiei Mustapha; dan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, Tuan Haji Kamarol Ridzuan Mohd Zain.

2. Ceramah Perpaduan Ummah di Parlimen Seremban akan diadakan di Jalan Kedidi 9, Taman Paroi Jaya, Seremban pada 14 Julai 2019 (Ahad) jam 9.00 malam.

Ceramah akan dihadiri oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad; Pengerusi UMNO Kedah, Dato’ Seri Jamil Khir Baharum; Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Tuan Haji Rafiei Mustapha; Yang Dipertua PAS Kawasan Seremban, Tuan Haji Mohd Fadhli Che Me; dan Ketua UMNO Bahagian Seremban; Cikgu Mustafa Salim.

Semua ahli PAS, ahli UMNO, anggota parti dalam Gagasan Sejahtera dan penyokong penyatuan ummah diundang untuk hadir ke ceramah ini.