Home Berita PAS Selangor

PAS Ampang tidak putus membantu – PAS Kawasan Ampang

10
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Ampang

Oleh : Umar Al-Hayawi

AMPANG, 25 Julai – Ramai lagi rakyat di luar sana yang masih memerlukan bantuan bekalan makanan. Rakyat kini sangat terkesan dengan pandemik ini kerana ada yang dibuang kerja dan ada juga yang kematian tunggak pendapatan keluarga.

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Ampang terus menjalankan usaha menjejaki mereka yang memerlukan ini untuk menyampaikan bakul makanan dan lain-lain barang keperluan.

Semoga segala usaha dalam membantu mereka yang memerlukan ini dapat memberikan kesan baik kepada mereka sendiri dan juga semoga Allah SWT mengangkat semula wabak Covid-19 ini, InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor