Home Rencana PAS Selangor

Parlimen atau pentas drama – Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

153
SHARE

May be an image of 3 people and text that says "DRAMA JERIT-MENJERIT DALAM PARLIMEN TIDAK sampai sejam dan mengundi berhubunit bersidang. sidang khas Proklamasi Darurat. Dewan Rakyat pada รกin Tun Mahathir Mohamad panas dengan pertikaman atuk antara Yang Mohd Shafic Apdal Dewan Rakyat Datuk Athar (Warisan Sempornal Azizan Harun dan wakil rakyat Ramkarpal Singh (PH embangkang Bukit Geluror) Sim Tze perkara ang PH-Bayan Baru) adalah Datuk Omar berhubung ocrjalanan (PHPokok Sena) persidangan Parlimen yang bangkit meluahkan uidak membenarkan angrota hati"

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Persidangan Khas Parlimen yang dipanggil sepatutnya digunakan untuk membincangkan isu yang sedang melanda dunia dan negara hari ini.

Hari ini kita berhadapan dengan pandemik Covid 19 yang mengancam kehidupan rakyat, ekonomi negara dan masadepan semua.

Parlimen dibuka untuk beri peluang kepada kerajaan dan kesemua wakil-wakil rakyat berbincang dan mengemukakan pandangan yang terbaik bagi negara untuk berhadapan dengan pandrmik ini yang turut mengancam negara-negara lain.

Apakah langkah dan usaha terbaik yang boleh kita ikhtiarkan selain yang telah dan sedang dilaksana kerajaan.

Ini yang rakyat mahu tahu dan dengar. 32juta rakyat Malaysia diwakili 222 wakil rakyat (2 kosong setelah meninggal dunia), mereka ini sepatutnya bercakap atas kepentingan dan bagi pihak rakyat. Bukan kepentingan kepartian dan nafsu politik masing-masing.

Malangnya apa yang kita dengar semalam dihari pertama persidangan sebagaimana tajuk akhbar ini adalah: “Drama jerit-menjerit”.

Pihak pembangkang mengambil kesempatan apabila gelanggang dibuka untuk terus terjun dan terjah, maki hamun dan serang kerajaan sebab bagi mereka inilah peluang terbaik untuk melonjakkan sokongan buat mereka.

Speaker diaib dan diperlakukan, PM dan kabinetnya dimaki, inikah kemampuan wakil rakyat pembangkang kita?

Atas kesempitan dan kesusahan rakyat mereka berterus-terusan berpolitik tanpa menyumbang barang sehabuk cadangan atau idea untuk membantu dan menyelamatkan rakyat dan negara.

“Shame” akhlak dan perlakuan pihak pembangkang semalam cukup memalukan dan menjatuhkan nama baik Parlimen Malaysia.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor