Home Berita PAS Selangor

Sumbangan kepada 2 buah keluarga sebagai tanda ukhuwah – Naib KP PAS Selangor

53
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

GOMBAK, 26 Julai – Syabab Care merupakan sebuah pertubuhan kebajikan yang aktif dan konsisten dalam menyampaikan bantuan kepada mereka yang terjejas mahupun yang dikuarantin. Mereka meneruskan lagi usaha dalam misi membela nasib-nasib rakyat yang terjejas akibat penangan wabak Covid-19 di negara kita.

Syabab Care Malaysia diwakili Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Muhammad Fadzli Abu Bakar menyatakan, Team Syabab Care Malaysia telah menyampaikan sumbangan kepada 2 buah keluarga yang baru habis kuarantin di Sg Tua.

Setelah memahami situasi, Team Syabab Care segera membantu sediakan barangan keperluan harian sebagai tanda ukhuwah. “Alhamdulillah, ada rezeki untuk mereka, dapat kami serahkan sumbangan barang-barang keperluan harian kepada mereka”, sambung beliau lagi.

Semoga dengan sumbangan hasil infaq orang ramai dapat meringankan bebanan keluarga ini di musim pandemik Covid-19. “Ayuh menyumbang bersama kami. Anda sumbang, kami sampaikan. Terima kasih kepada yang telah menyumbang. Besar pahala mereka yang meninfaqkan harta membantu golongan susah” akhir kata beliau.

“Anda sumbang, Kami sampaikan”

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Bank : MAYBANK ISLAMIC
Akaun : PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN & KEBAJIKAN
No Akaun : 562209653403

Atau anda boleh klik :
Terima kasih atas keperihatinan anda. Sila WhatsApp slip transaksi sumbangan anda ke 016-2259002 untuk record.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor