PAR Tebrau Pantau Kerja Perparitan
Oleh : Pena Tebrau
TEBRAU, 3 Julai : Pusat Aduan Rakyat (PAR) Parlimen Tebrau telah memantau kerja-kerja membaik pulih sistem perparitan di Taman Kota Masai di sini pagi ini.
Berikutan aduan orang ramai, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Parlimen Tebrau, Azman Atmin, telah menghubungi pengurus projek tersebut berkenaan kes air masih bertakung dan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sewajarnya.
Kerja-kerja baik pulih yang telah dilakukan merupakan sebahagian dari usaha pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) untuk mengurangkan kes denggi yang sering berlaku di kawasan sebelum ini. Kawasan yang terlibat dengan projek baik pulih longkang ialah dari Jalan Nenas 15 hingga Jalan Nenas 20.
Penyelia Pusat Aduan Rakyat ketika ditanya wartawan, mengucapkan ribuan terima kasih kepada kontraktor yang terlibat kerana telah memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan kerja-kerja pemasangan longkang diselenggarakan dengan sempurna.
Walau bagaimanapun penyelenggaraan longkang masih belum selesai sepenuhnya. PAR PAS Tebrau juga mengharapkan kerja-kerja penyelenggaraan siap mengikut masa yang telah ditetapkan dengan kerjasama yang baik dari semua pihak. Bahkan, pihak PAR PAS Tebrau mendesak agar masalah longkang ini dapat diselesaikan segera bagi mengelak musibah yang lebih besar kepada penduduk setempat.