Home Berita PAS Sabah

Papisma dedah program pendidikan kesihatan

32
SHARE

Oleh: Siti Nadiah Binti Abdul Mutalib
31 Julai 2023

TAWAU: Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dengan kerjasama Jabatan Amal dan Nisa’ Tawau mengadakan program pembangunan insaniah pendidikan kesihatan, kelmarin.

Program yang berlangsung bermula jam 9 pagi dan tamat pada jam 12 tengah hari itu disertai oleh 80 orang penduduk Kampung Jawa Kongsi 8.

“Antara yang menarik dalam program yang dianjurkan pada kali ini ialah pendedahan berkenaan penyakit berjangkit dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada semua lapisan masyarakat,” kata wakil PAPISMA Tawau, Munzier Mahamud.

Menurut jurucakap kampung, program itu berjalan dengan baik dan beliau berharap agar ia dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Turut hadir dalam program ini Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau (DMPKT), Mandin Ladale dan ahli jawatankuasa DMPKT.