Home Berita PAS Negeri Sembilan

Kamarudin Tahir sasar tumpu ekopelancongan di Johol

51
SHARE

Oleh : Aisyaa Yasmin

JOHOL, 1 Ogos : Gua Batu Maloi merupakan salah satu kawasan yang boleh dibangunkan menjadi lokasi ekopelancongan yang berjaya kerana kawasan itu sudah pun menjadi tumpuan pelancong dalam skala yang kecil.

Demikian dinyatakan oleh Kamarudin Tahir, calon Perikatan Nasional DUN Johol di sini, semalam ketika mengulas berkenaan hala tuju untuk membangunkan Johol.

“Saranan untuk menaik taraf persekitaran di sana (Gua Batu Maloi) adalah wajar kerana saya optimis, ia boleh menarik lebih ramai pengunjung ke sana”, ujar Kamaruddin.

Selain itu, beliau yang juga merupakan calon Yang di-Pertua PAS Kawasan Kuala Pilah mensasarkan Lubuk Bunga di Inas sebagai lokasi ekopelancongan seterusnya kerana di sana terdapat sungai dan air terjun di samping kehijauan semula jadi yang nyaman.

Katanya lagi, hasrat ini bagi memberi manfaat kepada masyarakat setempat dari sudut peluang pekerjaan.

“Isu di Johol sekarang ialah tiada peluang pekerjaan, dan kita perlu menciptanya.” Ulasanya.