Home Berita PAS Selangor

Pandemik mengajar kita erti bersama –

6
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

GOMBAK, 26 September – Hari ni, telah selesai program Jelajah Prihatin Wanita Perikatan Nasional Gombak secara mega di tiga buah DUN di Parlimen Gombak, termasuk DUN Sungai Tua, DUN Hulu Kelang dan DUN Gombak Setia.

“100 kotak sumbangan beserta beras untuk diagihkan, bukanlah kerja yang mudah apatah lagi dengan kudrat seorang wanita”, jelas Wanita Perikatan Nasional Gombak.

“Tetapi kami tetap kuat bersama demi rakyat yang lebih memerlukan”, sambung mereka.

Program yang bermula seawal jam 9 pagi di DUN Sungai Tua, kemudian jam 10 pagi di DUN Gombak Setia dan berakhir pada jam 11 pagi di DUN Hulu Kelang.

100 kotak bakul makanan yang disasarkan telah selesai diagihkan dengan jayanya kepada kaum wanita di Gombak dalam siri jelajah kali ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penerima yang hadir dan AJK yang membantu untuk kelancaran program ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor