Home Rencana PAS Selangor

Pak Pandir pun ada di parlimen rupanya – Setiausaha BPPN Selangor

98
SHARE

May be an image of 4 people

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Saya tunggu hingga Dewan Rakyat mengeluarkan hansard nya hari ini. Rupanya memang ayat-ayat memualkan ini terpacul dari mulutnya semalam.

Berikut petikan ucapan Ahli Parlimen PAN dari Pokok Sena semalam ketika membahaskan Bajet 2022 atau RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022.

Anda nilaikanlah sendiri, tidak hairan jika anda rasa malu dan jijik, tetapi itulah yang berlaku:

“Bajet ini dibentangkan seperti mana satu kejadian yang berlaku pada diri saya
pada pagi tadi apabila saya buang air besar, saya tidak puas. [Ketawa] Jadi, ada
masalah penyakit yang dihadapi oleh saya iaitu sembelit. [Ketawa] Jadi, saya
menganggap bajet ini adalah ‘bajet sembelit’ dan ‘bajet berak tidak puas’. [Ketawa]”

Sesungguhnya idak ramai yang boleh atau berpeluang menjadi Ahli Parlimen. Sebagai AP kita duduk sebagai ahli penggubal undang-undang, mewakili rakyat yang mengangkat kita tiap kali PRU.

Lazimnya AP akan menggunakan gelanggang badan legislatif tertinggi negara ini untuk mengemukakan pandangan, cadangan dan teguran serta luahan minda yang bernas mewakili rakyatnya.

Setiap yang dituturkan direkod di dalam hansard dan menjadi rujukan serta bahan sejarah semasa dan buat jenerasi mendatang.

Malang rakyat di Pokok Sena hujah wakil mereka cukup memalukan, seakan celoteh di celah-celah lorong pasar, tidak layak sebagai seorang ahli yang berhormat.

Tetapi itu terpulanglah pada tiap-tiap AP yang diangkat. Samada mahu meninggalkan jasa berbentuk cadangan dan hujah yang bernas yang bakal menjadi rujukan rakyat dan negara atau memilih menjadi Pandir, meninggalkan bahan lawak dan senda gurau yang langsung tidak memberi manfaat pada seiapa pun.

Bangkitlah rakyat Pokok Sena. Lakukan perubahan PRU15 nanti.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor