Home Berita PAS Selangor

PJ Selangor hadir pelancaran jentera bersama calon PAS (PN) DUN Kelebang – BPPN Selangor

73
SHARE

Saff Bahtera BPPNS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

TANGGA BATU, 9 November – Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi malam semalam telah hadir dalam Majlis Pelancaran Jentera & Dana Pilihanraya Negeri Selangor bagi calon PAS (PN) DUN N14 Kelebang PRN Melaka, Tuan Hj Bakri Jamaluddin.

Menurut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor (BPPNS), Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir, PAS Negeri Selangor telah ditugaskan untuk membantu Jentera DUN N14 Klebang, Parlimen Tangga Batu dalam PRN Melaka.

Turut hadir malam semalam, Ahli Parlimen Bachok Ust Nik Abduh Nik Abd Aziz, memberikan kata-kata taujihad kepada jentera pilihanraya serta para wakil rakyat yang bakal bertanding.

Dato Pesuruhjaya, turut menyerahkan dana awal hasil kutipan daripada kalangan ahli-ahli PAS Selangor khusus untuk membantu jentera. “Petugas Selangor akan hadir bertugas bergilir-gilir sehingga ke hari pengundian nanti”, jelas Tn Hj Roslan.

Selamat bertugas.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor