Home Berita PAS Terengganu

PADURA juara keseluruhan empat tahun berturut-turut

5
SHARE

DUNGUN – PASTI DUN Rantau Abang(PADURA) mengungguli Juara Keseluruhan Alam Ria PASTI Kawasan Dungun 2023 untuk kali keempat berturut-turut.

Ketua Pemuda PAS Dungun, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh guru-guru
dan pelajarnya yang tekun dan bersungguh-sungguh berusaha demi untuk mengekalkan kejuaraan tersebut.

“Ucapan terima kasih dan tahniah juga kepada ibubapa bersemangat apabila anak-anaknya menyertai pertandingan ini.

“Ayuh sama-sama kita bina nama Dungun pula sebagai Johan Keseluruhan Alam Ria PASTI Negeri Terengganu yang dijadualkan berlangsung pada awal November nanti, sama-sama kita doakan semoga ianya berjalan dengan lancar dan Dungun memperoleh kejayaan,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang berkata demikian dalam hantaran ‘facebook’ nya Ahad, 22 Oktober.

Di dalam pertandingan yang berlangsung di Sekolah Rendah Islam Darul Bayan, Paka di sini pada 21 Oktober itu PADURA telah diumumkan mendapat tempat pertama dalam kategori Khutbah(Lelaki), Bercerita(Lelaki), Hafazan(Lelaki) dan Kalam Jama’ie

Manakala Penyelaras PADURA, M. Yusof M. Zahid menganggap hasil gabungan tiga elemen utama iaitu pengurusan PASTI cawangan, guru-guru dan ibubapa menatijahkan kejayaan kepada elemen keempat iaitu pelajar.

“Tahniah juga kepada pengurusan PASTI cawangan yang memberi sokongan kepada para guru mereka,

“Tahniah juga kepada para guru yang gigih mendidik dan membimbing anak anak murid.

“Tahniah juga kepada para ibu bapa yang menzahirkan sokongan kepada anak anak dan guru.” katanya ketika dihubungi di sini semalam.