Home Berita PAS Pulau Pinang

LAWATAN KERJA JAMNPP KE PEJABAT PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT CAPAI MATLAMAT

14
SHARE

Tasek Gelugor 27 Oktober – Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang (JAMNPP) telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Khidmat ADUN Permatang Berangan dan Pusat Khidmat ADUN Sungai Dua.

Lawatan kerja ini bertujuan bagi menjalinkan kerjasama antara JAMNPP dan Pusat Khidmat Masyarakat. Perjumpaan kali pertama ini lebih tertumpu kepada membincangkan dan meneliti keperluan bagi menyusun gerak kerja ketika berlakunya bencana.

Pada rabu lepas Pengarah Jabatan Amal Malaysia Pulau Pinang Tn. Ahmad Anuar Bin Zainal Abidin bersama Ahli Lembaga Pengarah JAMNPP telah mengadakan perjumpaan dengan YB Pakcik Sobri di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Adun Permatang Berangan di Taman Sena Jaya

Sehari kemudian Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sungai Dua yang berada di Taman Merbau Jaya menjadi destinasi seterusnya.Kehadiran rombongan JAMNPP disambut oleh YB Ustaz Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff yang juga merupakan PesuruhJaya PAS Pulau Pinang.

Pada lawatan kerja ini Pusat Khidmat Masyarakat Wakil Rakyat PAS amat berterima kasih dan menghulurkan tangan kepada sesiapa sahaja yang ingin membantu. JAMNPP pula telah menyatakan kesungguhan dan komitmen bagi membantu menyediakan tenaga kerja sukarelawan dan kelengkapan aset bagi membantu terutamanya ketika berlakunya bencana.

Tn Nazrul Bin Ali yang merupakan Ketua Unit Operasi & Bencana JAMNPP memberitahu lawatan kerja ini akan diteruskan ke semua Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen dan Dun yang diwakili oleh wakil rakyat PAS dahulu sebelum diperluaskan diseluruh negeri Pulau Pinang InsyaAllah.

Tongkat Seri

@followers