Home Berita PAS Perak

P.Ramasamy jangan bersikap kurang ajar dan biadap!!!

274
SHARE


KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN GERIK
22 Februari 2022 | 20 Rejab 1443

P RAMASAMY JANGAN BERSIKAP KURANG AJAR DAN BIADAP !!!

Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Gerik menyatakan solidariti sepenuhnya terhadap kes melibatkan ketiga-tiga anak Puan Loh Siew Hong yang telah memeluk Islam bersama bapa mereka, Nagahswaran Muniandy secara “unilateral” pada sekitar bulan Julai 2020.

DPPK Gerik memandang serius dan menyelar kenyataan provokatif yang dikeluarkan pimpinan DAP, P Ramasamy yang mengaitkan kes tersebut sebagai penculikan dan paksaan yang secara tidak langsung mampu menggugat keharmonian masyarakat majmuk di negara Malaysia ini.

Malah keamanan dan kedamaian yang dikecapi keseluruhan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama sewajarnya dijaga dengan sebaiknya. Elakkanlah daripada menimbulkan sentimen buruk terhadap Islam dan umatnya yang manjadi majoriti di bumi bertuah ini.

Oleh yang demikian, P Rasamany bersama pihak-pihak berkaitan diminta supaya tidak bersikap kurang ajar dan biadap yang mana boleh menaikkan kemarahan dan mencabar kesabaran umat Islam apabila memainkan isu keagamaan di negara ini.

InsyaAllah DPPK Gerik amat beryakinan bahawa umat Islam akan bersatu walaupun berbeza fahaman politik dalam membela dan mempertahan kesucian akidah Islam ketiga anak-anak tersebut dan berharap semua pihak menghormati Perlembagaan yang menyatakan Islam adalah agama Persekutuan.

Sekian, terima kasih

“Legasi Perjuangan”
“Memacu Perpaduan”

AMIN ROSLAN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Gerik

#KenyataanMedia
#PemudaPASGerik
#LegasiPerjuangan
#MemacuPerpaduan