Home Berita PAS Terengganu

P.RAMASAMY: JANGAN BANGKIT KEMARAHAN KAMI

293
SHARE

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu(DPPKT) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pemimpin DAP Pulau Pinang,P.Ramasamy yang cuba menimbulkan satu persepsi atau tanggapan yang buruk bagi status agama tiga anak ibu tunggal,Loh Siew Hong yang berlaku di negeri Perlis.
Tindakan provokasi yang dicetuskan oleh beliau telah mempertikai bidang kuasa Majlis Agama Negeri Perlis malah boleh mencetus keharmonian antara agama dan kaum di negara ini.

Selain itu,beliau mengadu domba yang mengatakan Pegawai Berkuasa Agama Perlis ‘Menculik dan menukar status agama anak-anak tersebut adalah amat bahaya dan berniat jahat.

Oleh itu,DPPKT menggesa agar beliau diheret ke muka pengandilan disebabkan melakukan kesalahan fitnah yang dahsyat ini.Kami juga ingin mendesak agar parlimen menggubal perlembagaan berkenaan kes ini supaya ia tidak terjadi untuk masa depan.

Kami menyeru kepada semua pihak agar menghormati badan kehakiman dan pihak berkuasa undang-undang serta meletakkan kepercayaan kepada mereka untuk menyelesaikan isu ini dan meminta agar pihak berkuasa melakukan pemantauan kepada mana-mana yang mencetuskan isu-isu keharmonian agama dan perkauman di Negari ini.

Ustaz Ahmad Asyraf Mohd
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu