Home Kenyataaan Media PAS Perak

P Ramasamy: Hentikan sebarang provokasi keagamaan

94
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BAGAN SERAI
23 Februari 2022 | 21 Rejab 1443

P RAMASAMY : HENTIKAN SEBARANG PROVOKASI KEAGAMAAN

Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Bagan Serai menggesa pemimpin DAP, P Ramasamy menghentikan sebarang kenyataan provokasi keagamaan khususnya dalam menyentuh isu keislaman ketiga-tiga anak Loh Siew Hong.

Dakwaan melampau P Ramasamy dalam kenyataannya dengan mengatakan penculikan atau paksaan dalam isu pemelukan Islam anak-anak tersebut telah menggugat keharmonian masyarakat di negara ini serta menimbulkan ketidakpuasan hati banyak pihak.

Tambahan pula kenyataan tersebut turut dilihat menyerang pihak berkuasa agama negeri Perlis yang mempertahan status keislaman secara ‘unilateral’ bersama bapa mereka, Nagashwaran Muniandy adalah berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 117(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 Negeri Perlis.

Sementara itu, DPPK Bagan Serai mengajak seluruh umat Islam bersatu demi akidah Islam wajib dan menggesa mana-mana pihak yang tidak berkaitan untuk tidak mencampuri urusan hal ehwal Islam. Malah kejadian melibatkan pimpinan DAP bukanlah kali pertama sebaliknya sudah acapkali berlaku.

Maka DPPK Bagan Serai berharap pihak berkuasa dapat menanganinya dengan bijaksana dan mengikut lunas undang-undang. Begitu juga sudah tiba masanya undang-undang syariah dan mahkamah syariah di perkasa dan meletakkan bidang kuasa mahkamah syariah di tahap lebih tinggi.

Sekian, terima kasih

“Legasi Perjuangan”
“Memacu Perpaduan”

HANIF ABD KARIM
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Serai

#KenyataanMedia
#PemudaPASBaganSerai
#LegasiPerjuangan
#MemacuPerpaduan